MENYESAL BELI PRODUK SHAKLEE


Menyesal beli produk shaklee!


Makin glamor shaklee ni makin banyak la keburukan yang timbul.  Betul tak??

Tsunami shaklee buat ramai orang nak tau dan berhati-hati nak membeli bukan apa takut menyesal pulak nantikan.  So jom kita sama-sama baca.


PRODUK SHAKLEE ADA KEBURUKAN KE??


Masalah Produk Shaklee Yang Anda Tidak Tahu

1. Produk Shaklee Tidak Dikilangkan di Malaysia

Antara persoalan yang selalu ditanyakan pada saya selaku pengedar sah produk shaklee ialah, produk shaklee ini dari mana ya?

Haaa...jawapannya produk shaklee ini daripada negara Uncle Sam, Amerika Syarikat. Belum ada lagi produk Shaklee yang dikilangkan di Malaysia. Ianya 100% import ya. Timbul pula persoalan kenapa macam tu? Kenapa tak dikilangkan kat Malaysia saja?

Sebab semua produk Shaklee ini dikeluarkan dengan kawalan yang sangat ketat bagi menjamin mutu dan kualiti produk sentiasa terjamin. Bagi Shaklee kualiti dan kepuasan pengguna produk Shaklee adalah sangat penting.

2. Produk Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM

Antara isu yang sering kali dibangkitkan, HALAL ke produk Shaklee ini?

Ya, sebagai seorang muslim semestinya kita perlu mencari supplemen yang halal. Dan alhamdulillah, vitamin Shaklee ini HALAL tau....jangan ragu-ragu lagi yee. Lagipun, kebanyakan produk Shaklee adalah dari tumbuhan semulajadi, kecuali Shaklee Kolagen Powder adalah dari sumber haiwan iaitu sisik ikan merah.

Di Malaysia, JAKIM adalah badan yang mengeluarkan dan memantau status halal sesuatu produk. Namun, oleh kerana produk Shaklee adalah diimport terus daripada US, maka Shaklee mempunyai sijil Halal dari Islamic Service of America (ISA).

Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut. Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA adalah badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Dan sijil halal dari ISA ini akan diperbaharui setiap tahun tau. Haa...ini dia rupa sijil Halal nya... so boleh makan vitamin Shaklee tanpa was-was ya !!












3. Produk Shaklee Mahal Sangat


Betul ke produk Shaklee ni mahal sangat??

Mengikut pengalaman saya sendiri, sebelum berkenalan dengan Shaklee memang biasa mengamalkan supplemen kalsium. Sebab saya memang jenis kurang minum susu. So, kenalah top up dengan kalsium utk penjagaan tulang yang sihat . ni biasa amalkan brand BBB harga untuk stok sebulan dalam RM70 beli dekat farmasi. Selepas berkenalan dengan Shaklee, bertukarlah kepada Shaklee Ostematrix. Harga Ostematrix ni RM61 boleh tahan sebulan. Tapi, bila dah jadi ahli shaklee, boleh dapat lagi murah. So, sebenarnya kalau nak dibandingkan ia tidaklah mahal seperti yang di war-warkan. Harga produk shaklee itu mahal hanyalah gosip semata-mata


Dan kalau anda nak tahu, sebotol produk-produk shaklee ini boleh tahan sangat lama tau !! Cuba tgk gambar dibawah ini. Vitamin C Shaklee boleh tahan sehingga 6 bulan.Harga sebotol vitamin c shaklee hanya RM92.50 (untuk dapat benefit lebih, join jadi ahli shaklee terus!) Cuba kira, sebulan anda hanya membelanjakan RM15 sahaja. Sangat berbaloi tau!!


TEMPOH PENGGUNAAN VITAMIN SHAKLEE


4. Susah nak beli Produk Shaklee, tidak dijual di farmasi

Untuk pengetahuan semua, produk Shaklee memang tidak dijual di farmasi ya. So, tak perlulah penat lelah nak pergi survey kat farmasi. Produk Shaklee hanya boleh didapati di Branch atau dengan Pengedar Sah Shaklee yg comel seperti saya ni...(huhu...perasan jap!) Shaklee hanya ada 7 Branch termasuk HQ nya. Tapi untuk anda buat belian di Branch Shaklee anda perlu menjadi ahli shaklee terlebih dahulu. So, lebih baik dapatkan daripada pengedar shaklee spt saya beri servis terbaik. Penghantaran dibuat keseluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Ada juga yg pos sampai ke oversea tau spt Singapore, Brunei, Saudi dan lain-lain. Dan yang bestnya konsultasi dan cara pemakanan secara percuma tau !!


5. Kenapa Vitamin Shaklee Tiada Silica Gel ?






Biasa nampak tak silica gel ni? Tapi bagi anda pengguna produk Shaklee perasan tak dalam vitamin Shaklee ni tiada Gel Silica ni. Haaa....apa fungsi benda ni eh?? Silica gel ni sebenarnya berfungsi untuk menyerap kelembapan. Vitamin yang ada gel silica didalamnya adalah vitamin sintetik. Oleh kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi, maka tak perlulah nak letak gel silica ni.

Mana satu pilihan anda? Vitamin sintetik atau vitamin semulajadi ?? Semestinya vitamin semulajadi kan...sebab anda adalah pengguna yang bijak !!


6. Produk Shaklee adalah Produk Yahudi, Haram Umat Islam Join Jadi Ahli Shaklee



Isu Shaklee ini adalah produk Yahudi sudah hangat diperdebatkan. Ada pihak yang menyatakan tidak boleh menyokong produk Shaklee kerana ia adalah keluaran Amerika Syarikat.


Sebelum itu, jom kita lihat sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Sahih Bukhari ini dan nilailah dari sudut pandangan Islam.





Sekiranya Shaklee ada bukti yang kukuh penyumbang kepada Zionis Yahudi maka Shaklee tatkala itu hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Berkaitan membeli barangan keluaran kafir, ulamak telah bertegas bahawasanya sekiranya barang tersebut adalah HALAL dan tidak mengandungi unsur syubhah maka barang itu boleh dibeli. Bahkan terdapat bukti Nabi Muhammad telah menggunakan produk orang kafir contohnya Nabi Muhammad pernah menggunakan KHUF (sejenis kasut) yang buatannya dari negara Habsah (sekarang dikenali sebagai Ethiopia) yang ketika itu adalah negara kafir. Oleh yang demikian mana-mana produk apabila sudah diperakui status kehalalannya maka ia halal untuk diguna atau dimakan.


7. Produk Shaklee Selalu Habis Stok
Haaa...ini satu lagi masalah jugak. Macam mana nak makan secara konsisten kalau stok vitamin Shaklee ni selalu habiskan?? Sekarang ni tsunami shaklee maka terjadi apabila permintaan melebihi pengeluaran. Antara produk-produk yang selalu habis stok ialah :

Chewable Vita-C Plus
Sustained Released Vitamin C
Advanced Joint Health Tablet
Caratomax
ESP Soy Protein Shaklee
Herb-Lax

Jadi wajiblah kita buat stok sama-sama ye.


8. Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan

Ada sesetengah orang yang mula-mula amalkan supplemen Shaklee ni akan merasa beberapa perubahan seperti rasa loya, mual, pening kepala, terasa panas dan mcm2 lagi. Adakah semua ini merbahaya?


Sebenarnya, ia adalah satu proses yang dipanggil Healing Crisis. Haa....apa tu??


Healing Crisis adalah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh badan terhadap perubahan untuk menjadi lebih sihat daripada proses penyembuhan secara semulajadi. Ianya berlaku apabila badan membuang toksin dari sistem tubuh disebabkan prosess pembersihan. Healing crisis ini boleh terjadi apabila menukar diet pemakanan, supplement dan treatment.


Jadi anda tak perlu risau ya, sbb bila ada tanda-tanda healing crisis ni sebenarnya lebih bagus sebab badan anda menunjukkan reaksi dengan vitamin yang diambil dan segala toksin akan dibuang dari badan.



9. Produk Shaklee ada yang Berbau Tidak Best dan Warnanya pun Tidak Cantik

Antara produk Shaklee yang paling berbau tidak best semestinya Shaklee Bcomplex. Baunya memang sangat kuat. Kalau letak dalam laci tu memang bila bukak laci semerbaklah bau B-Complex tu.

Lagi satu, produk shaklee seperti pencuci muka Nutriwhite, Shampoo Pro Sante dan even sabun pencuci baju Get Clean Shaklee ni memang baunya tak wangi seperti produk lain yg ada dipasaran. Memang kadang2 tu rasa mcm tak pakai sabun pulak kan.


Kenapa ye agaknya?


Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah semulajadi tanpa tambahan apa2 pewarna dan pewangi. Semuanya adalah bahan semulajadi tanpa bahan kimia tau!!



PRODUK SHAKLEE TIADA BAHAN KIMIA, 100% SEMULAJADI



10. Shaklee Tidak Memerlukan Duta atau Selebriti untuk Mempromosikan Produknya


Biasakan anda lihat selebriti atau orang-orang terkenal menjadi duta sesuatu produk dan mereka akan membantu bersama-sama untuk mempromosikan produk itu. Namun ia tidak terjadi untuk produk Shaklee ini. Walaupun sebenarnya banyak selebriti terkenal dalam dan luar negara mempercayai dan menggunakan produk Shaklee seperti Tun Mahathir, Rita Rudani, Ashraf Muslim, Jennifer Lopez, Tiger Woods dan Oprah Winfrey namun mereka bukanlah duta yang dilantik.


Nak tahu kenapa?? Adakah sebab Shaklee tiada duit nak bayar mereka?? heheh...takkanlahh kan. Setiap bulan untung juta-juta nak amik duta pun takde duit kann??

Sebenarnya, Shaklee memang mahukan kita yang biasa-biasa ini yang berkongsi kehebatan produk Shaklee selepas menggunakannya sendiri. Bagi mereka apabila orang-orang biasa ini mencuba sendiri, dan berkongsi cerita kepada keluarga dan kawan-kawan itu adalah lebih mempengaruhi daripada iklan yang dibelanjakan berjuta-juta. Kerana Shaklee sememangnya sudah kukuh dengan produknya yang Selamat, Berkesan dan Terbukti lebih 50 tahun ini....

Rumos
Memang tak menyesal la kalau belikan. Terbukti ianya produk yang selamat dan berkesan.  Jadi wajib la anda beli sb bukan jek bagus untuk tingkatkan kesihatan tubuh badan kita tetapi sangat menjimatkan wang anda.

berminat boleh dapatkan dari saya.
masleza - 0189059270

PENCUCI BOTOL SUSU YANG PALING SELAMAT DIGUNAKAN

Cara hilangkan kerak puting dan botol susu


Berapa ramai yang menggunakan pencuci botol susu yang dijual dipasaran.  Tau tak kebanyakannya adalah tidak selamat digunakan kerana mempunyai bahan kimia yang berbahaya.

Hari ini saya nak perkenalkan pencuci botol susu yang paling selamat khusus untuk anak anda iaitu Hand Dish Wash.  Kandungan pencuci botol susu ini adalah daripada hampas jagung dan kelapa dan ianya sangat selamat, bebas kimia dan toksik.  Hand Dish Wash dapat menanggalkan kerak puting dan botol susu dengan mudah dan menjimatkan wang anda kerana hanya 1-2 titis sahaja penggunaanya.

Bulan ni saja dh 30 botol terjual.  Memang ternyata pencuci botol susu ni sangat laris sebab sangat berkesan. 

Tau tak pencuci botol susu ni bukan jek boleh hilangkan kerak puting dan botol susu tapi ianya juga berbau harum.  Kulit tangan pun lembut jek.

Tau tak 1 botol ni tahan berapa lama?  Hanya 1-2 titis jek guna jadi insya allah memang tahan lebih dari 6 bulan.  JIMATKAN!

Cara penggunaanya
Rendam botol dan puting susu dengan air panas kemudian berus puting dan botol susu dengan hand dish wash

Harga tersangat murah dan sangat laris dipasaran.

Hubungi saya
Masleza - 0189059270
facebook : masleza kasim


Pencuci Botol Susu
Pencuci Botol Susu

SHAKLEE KUANTAN : 10 TIPS UNTUK KURUSKAN/ MENGURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT

10 TIS UNTUK KURUSKAN/MENGURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT!!

Kesihatan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Menurut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini hampir 60% rakyat Malaysia ialah dari golongan yang obesiti atau berat badan berlebihan. Kita perlu memupuk gaya hidup yang sihat agar masalah ini dapat diselesaikan.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang dapat dipraktikkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal atau kuruskan badan dengan cepat. Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menguruskan badan dengan cepat :-

1. Mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi.

Makan nasi sekali dalam sehari sudah memadai untuk keperluan tubuh kita. Kadar pengambilan juga perlu sederhana tidak terlalu sedikit atau banyak.

2. Memperbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Kandungan serat atau fiber di dalamnya dapat melancarkan sistem kumuh badan manusia. Paling penting serat tidak dapat menggemukkan.

3. Sarapan di awal pagi dengan meminum kopi atau jus buah-buahan.

Lemak di dalam badan akan lebih mudah terbakar dengan meminum kopi.

4. Jangan amalkan memakan jajan atau snek di waktu malam sebelum tidur.

Badan akan menyimpan lemak ketika waktu malam, lebih-lebih lagi waktu tidur kerana tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan semasa tidur.

5. Berhenti atau kurangkan meminum air berkarbornat.

Ini adalah kerana kandungan gas yang terdapat di dalam air itu mengembungkan perut. Ini akan mengakibatkan reaksi emosi yang mendorong kita untuk makan.

6. Amalkan meminum teh hijau ( Green tea ) setiap kali selepas makan.

Ini dapat membantu pembakaran lemak.

7. Ketika bangun tidur amalkan cara dengan bangun secara bangkit tubi ( Sit up ).

Duduk tenang dalam 30 saat kemudian teruskan dengan senaman bangkit tubi 10 kali sebanyak 3-5 set. Amalan ini dapat memecahkan lemak dengan pantas di bahagian perut ( Tummy ).

8. Lompat bintang ( Star jump ). 

Iaitu sebanyak 20 hingga 25 kali setiap jam.

9. Banyakkan meminum air limau ais.

Air sejuk memaksa tubuh kita membakar lebih kalori.

10.Berjalan atau mendaki selama 10 hingga 15 minit selepas makan.

Ia dapat membakar sukurang-kurangnya 100 kalori.Kaedah-kaedah tersebut adalah cara paling mudah untuk menguruskan badan, tidak perlu berdiet dan bersenam dengan teruk.

 CREDIT TO : YH Malaysia dan MSN.

SHAKLEE KUANTAN : SELAMAT KE MAKAN VITAMIN SHAKLEE

SELAMAT KE MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Ini info perkongsian dari saya untuk korang. So lepas ni boleh makan tanpa was-was ye.




sumber : shaklee.com.my

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang


Dapatkan vitamin shaklee dari saya.  
Penghantaran percuma area KUANTAN
Hubungi/wsap 0189059270
facebook : masleza kasim

SHAKLEE KUANTAN : 12 TANDA ANDA HAMPIR/SUDAH BERJAYA CAPAI KEJAYAAN

12 Tanda-Tanda Anda Hampir Atau Sudah Berjaya Mencapai Kejayaan Hidup

Ramai yang masih menganggap diri sebagai gagal kerana masih belum mencapai status seorang jutawan. Sedangkan mereka tidak nampak perkara-perkara kecil yang berubah di dalam diri yang menjadi bukti mereka hampir mencapai kejayaan hidup.Jangan meletakkan diri di tahap kegagalan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian diri.

Sentiasa berpandangan optimistik dengan mencari dan menilai perubahan diri yang bersifat positif kerana ia akan menjadi inspirasi buat diri anda.

Di sini terdapat 12 tanda-tanda kejayaan yang boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti perubahan positif yang terjadi di dalam diri anda. Perubahan ini merupakan tanda-tanda anda hampir atau sudah berjaya mencapai kejayaan hidup.

1. Anda Menaikkan Taraf Hidup

Dahulu: 
Anda suka membuang masa membuat perkara-perkara yang tidak memberi apa-apa faedah terhadap diri anda dan orang lain.

Sekarang: 
Anda menghargai setiap detik saat dengan memenuhkannya dengan pelbagai aktiviti yang berilmu dan bermanfaat. Anda tidak lagi bertoleransi dengan sifat-sifat negatif yang berpunca dari diri dan orang sekeliling anda.

2. Tidak Lagi Mengeluh

Dahulu: 
Menjadi kebiasaan bila kita ditimpa musibah kita akan mula mengeluh, mengadu malah menunding jari terhadap orang lain akibat musibah ini terjadi.

Sekarang: 
Anda tidak lagi mengeluh kerana anda tahu semua yang terjadi di dalam hidup sama ada perkara baik atau buruk, ia mempunyai hikmah disebaliknya.

3. Bersyukur Setiap Perkara

Dahulu: 
Setiap kejayaan yang dimiliki, anda akan menganggap ianya 100% dari usaha anda sendiri tanpa bantuan dari yang lain. Anda jarang sekali mengucap terima kasih kepada orang yang telah membantu anda, tidak menghargai nikmat-nikmat hidup yang dipinjamkan oleh Allah swt.

Sekarang: 
Mulut anda tidak berhenti mengucapkan terima kasih terhadap orang lain yang membantu anda, tidak kira bantuan itu sekecil manapun. Anda akan menghulurkan bantuan terlebih dahulu sebelum orang lain. Anda mula mendekati diri dengan Allah swt, bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi seperti bersyukur dengan nafas yang masih menghembus, tubuh badan yang sihat membantu mencari rezeki setiap hari, minda yang cergas membantu mengenal baik dan buruk setiap perkara dan lain-lain kesyukuran lagi.

4. Anda Raikan Kejayaan Orang Lain

Dahulu: 
Anda hanya raikan kejayaan yang dicapai oleh diri sendiri. Jika ada orang lain yang berjaya, anda tidak akan raikannya malah anda akan berasa cemburu terhadap kejayaan tersebut. Anda berasa bahawa anda sahaja yang layak mencapai kejayaan hidup.

Sekarang: 
Tidak perlu dipaksa lagi, anda sendiri akan mencari orang berjaya itu dan ucapkan tahniah kepadanya. Anda berasa gembira dengan kejayaan orang lain dan kejayaan itu dijadikan salah satu inspirasi buat diri anda.

5. Tidak Takut Meminta Pertolongan

Dahulu: 
Anda menganggap meminta pertolongan dari orang lain merupakan sesuatu perbuatan yang lemah dan memalukan. Anda lebih suka bekerja secara bersendirian dari bekerja bersama orang lain.

Sekarang: 
Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, anda akan mencari orang yang mempunyai ilmu terhadapnya dan meminta orang tersebut untuk mengajarnya kepada anda. Anda lebih suka bekerja secara berpasukan kerana ia membuat kerja menjadi mudah dan cepat disiapkan. Anda tidak lagi segan meminta pertolongan dari orang lain kerana anda tahu bahawa anda bukanlah seorang yang “Super Serba Tahu”.

6. Anda Raikan Kegagalan

Dahulu: 
Jika anda gagal melakukan sesuatu perkara, anda akan angkat kaki cabut lari dan terus masuk gua. Anda akan mengenangkan kegagalan itu sehingga ia menjadi mimpi di malam hari. Anda tidak akan meneruskan perjalanan jika kegagalan menimpa diri anda.

Sekarang: 
Anda tahu bahawa bukan semua orang berjaya 100% setiap masa. Berjaya dan gagal telah menjadi lumrah kehidupan. Jika anda tidak berjaya sekali, anda akan cuba kali kedua. Jika tidak berjaya lagi, anda akan cuba kali ketiga. Jika masih tidak berjaya lagi, anda akan masih teruskan untuk cuba kali keempat dan cuba dan cuba dan cuba lagi sehingga ianya berjaya. Anda akan raikan kegagalan dan gunakan ia sebagai pengajaran hidup. Ini kerana anda mengetahui satu rahsia iaitu kegagalan hanyalah bersifat sementara dan ia merupakan salah satu proses kejayaan bagi mencapai kejayaan yang sebenar.

7. Bermatlamat Besar

Dahulu: 
Anda tidak kisah tentang perjalanan hidup akan datang. Anda hanya memikirkan kehidupan hari ini dan esok sahaja. Anda juga lebih selesa dengan keadaan sekarang (zon selesa) dan tidak berminat untuk menaik taraf kehidupan diri.

Sekarang: 
Tidak takut bermatlamat besar. Sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki dan menaik taraf diri. Lebih suka mencuba sesuatu yang baru jika ia dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Mengejar matlamat yang ditetapkan tidak kira betapa besar cabaran yang akan ditempuh.

8. Pernah Mempunyai Matlamat Yang Menjadi Realiti Hidup

Dahulu: 
Akibat tidak mempunyai matlamat, maka tiada matlamat hidup yang ingin dicapai.

Sekarang: 
Salah satu matlamat yang diidamkan telah tercapai menjadi realiti hidup. Tidak kira matlamat itu sekecil manapun ia tetap dipanggil matlamat. Orang berjaya tidak pernah mengira saiz matlamat, yang dikira adalah ia boleh tercapai ataupun tidak.

9. Di Kelilingi Kawan Berjaya

Dahulu: 
Sering berkawan dengan kawan yang bersifat negatif, kawan yang sering menjatuhkan semangat anda. Kawan yang tidak berminat untuk berjaya di dalam hidup.

Sekarang: 
Mempunyai kawan-kawan yang saling membantu. Kawan yang memberi inspirasi kepada anda walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kawan yang suka mencipta kejayaan tanpa henti dan berkongsi kegembiraan kejayaan tersebut bersama anda.

10. Mempunyai Sebab Yang Kukuh Untuk Berjaya

Dahulu: 
Segala kejayaan adalah untuk diri sendiri. Tidak mempunyai sebab untuk berkongsi dengan orang lain. Tidak memikirkan kejayaan untuk orang lain.

Sekarang: 
Kadang-kala kejayaan yang paling kukuh dan bermakna adalah mencipta kejayaan bagi menggembirakan orang lain. Anda mempunyai sebab yang kukuh untuk berjaya, sebagai contoh, anda ingin berjaya bagi menggembirakan hati ibu dengan menunaikan segala impian beliau.

11. Suka Memberi

Dahulu: 
Anda sangat susah untuk berkongsi kemewahan dan kelebihan diri yang ada bersama orang lain. Anda berpendapat bahawa segala yang dimiliki adalah kepunyaan sendiri. Jika orang lain inginkan, sila cari sendiri.

Sekarang: 
Memberi bukan bermakna kita menderma wang dan harta sahaja. Memberi ini lebih kepada perkongsian apa yang dimiliki oleh anda yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sebagai contoh, anda memberi perkongsian ilmu secara percuma kepada yang berminat, memberi bantuan dari segi tenaga empat kerat kepada yang memerlukan, menyediakan makanan percuma kepada yang tidak mampu di restoran anda dan banyak lagi perkongsian yang boleh dibuat.

12. Anda Gembira

Dahulu: 
Suka memikirkan masalah serta perkara-perkara negatif yang membuatkan hidup anda murung diseliputi kegelapan.

Sekarang: 
Anda lebih suka membuatkan diri di kelilingi dengan aura-aura positif yang dapat menggembirakan hati. Jika terdapat cabaran menimpa, anda akan laluinya dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran. Bila hidup penuh dengan kegembiraan, segala kerja yang ingin dilakukan akan menjadi mudah diselesaikan. Kegembiraan merupakan kunci kepada hidup berjaya.

Credit to : Admin-AOTribe 

SHAKLEE KUANTAN : KEBAIKAN ESP


TAU TAK  Energizing Soy Protein atau ESP ini sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Ramuannya terdiri daripada:

1.  Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
2.  Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
3.  Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Jadi mengapa beli 1 canister sahaja tetapi tidak 6 canister untuk lebih penjimatan bagi seisi keluarga? Hubungi saya untuk mendapat informasi yang tepat dan konsultasi secara percuma sekarang

call/wsap 0189059270 - masleza
Penghantaran percuma area kuantan

SHAKLEE KUANTAN : INGIN MENJADI AHLI SHAKLEE

Ingin Jadi Ahli Shaklee ?

Untuk menjadi  distributor @ ahli shaklee terdapat 2 cara:

1) Membuat pembayaran yuran ahli shaklee utk dapat memberkit bag RM 65+ postage (10/20 em/wm

ATAU

2) Buat pembelian produk Shaklee 200 point UV ke atas = RM 660-700+  akan automatik dapat menjadi ahli shaklee secara PERCUMA…

Ya keahlian secara percuma!
jadinya tak perlu bayar yuran menjadi ahli shaklee..Apabila sudah membuat pembelian (UV point 200 dan ke atas) shaklee akan memberi bonus pada 14 haribulan seterusnya.

Anggaran bonus adalah sebanyak 5% atau bersamaan RM33 ke atas. Secara keseluruhan, Shaklee akan memberi bonus 5-21% berdasarkan prestasi jualan pada bulan tersebut.

Selain daripada bonus tunai, Shaklee juga menawarkan bonus kereta dan bonus percutian. Amatlah seronok apabila team kami berjaya mencapai kesemua ini melalui bimbingan keluarga jutawan muslimah Shaklee.  InsyaAllah, maklumat terperinci akan diajar apabila dah sertai kami nanti.

Maintain Point dan keahlian shaklee

1) Yuran Keahlian RM65 ini hanya untuk sekali seumur hidup. Tak perlu memperbaharui dan boleh pakai sampai bila-bila.

2) Tidak perlu fikir nak maintain point setiap bulan. Tiada paksaan nak kumpul point terutamanya yang nak makan sendiri.

Jika anda inginkan BONUS daripada Shaklee, insyaAllah saya akan tunjukkan caranya bagaimana saya bekerja dari rumah hanya dengan SHAKLEE.

Kelebihan menjadi ahli dibawah rangkaian jutawan berjaya

1) Semestinya anda boleh membeli produk Shaklee pada harga AHLI dan mendapat bonus daripada hasil pembelian kegunaan sendiri/ jualan.

2) Access percuma kepada GROUP EKSKLUSIF: Di sini kami ada group yg sentiasa memberi semangat dan tips-tips untuk berjaya..ramai yang ingin menjadi ahli ini adalah disebabkan nak beli untuk kegunaan sendiri sahaja..tapi lama kelamaan apabila dah dalam group..banyak cas-cas positif dan semngat mengalir dalam diri. Seterusnya membuat keputusan untuk buat bisness shaklee. Kami di sini dah macam adik beradik dengan saling bantu-membantu.Tiada sesiapa pun memaksa untuk mulakan bisness shaklee sebaliknya, kesemuanya di atas dorongan sendiri

3) Khidmat Nasihat/Coaching Perniagaan -Khidmat Nasihat bagaimana memulakan perniagaan secara ONLINE dan OFFLINE akan diberikan. Kebanyakan AHLI Group kami ada coaching khas bagaimana untuk berjaya. Tips-tips akan dikongsikan secara eksklusif dan anda hanya perlu DUPLICATE atau meniru apa yang dilakukan oleh orang yang berjaya sebelum ini.

4) Perniagaan Full/Part Time Work-at-Home Mom (WAHM) – Sebenarnya ramai ibu-ibu yang bekerja rasa tidak puas hati dengan persekitaran kerja sekarang walaupun gaji tinggi-tinggi, kesemuanya kalau boleh nak duduk di rumah di sisi anak-anak

Peluang bersama Shaklee membuka mata untuk bekerja di rumah bersama keluarga dan dapat melihat anak-anak membesar depan mata. Masa berlalu takkan kembali,jadi impian membesarkan anak-anak di depan mata sambil menjana pendapatan di rumah adalah sukar dilepaskan.

1 Keahlian, 1000 Manfaat  

MASLEZA KASIM
0189059270
Shaklee Independent Distributor

email: masleza@yahoo.com