Ramai orang termasuk saya sendiri, tidak sedar bahaya sembelit. Majoriti menganggap sembelit adalah masalah remeh yang tidak perlu diberi perhatian serius. Jom saya kongsikan dan sama-sama dapat manfaat dari perkongsian ini.
SEMBELIT sebenarnya adalah punca penyakit. Ia boleh mengakibatkan buasir malah merupakan salah satu penyumbang besar penyakit kronik seperti kanser kolon, kanser payu dara dan hepatitis.
SEMUA penyakit sebenarnya berpunca daripada usus yang bermasalah. Mempunyai rutin membuang air besar setiap hari, tidak menjamin sesorang itu bebas dari masalah usus. So, jom kita tengok cerita di sebalik teori usus ni.
Menurut pakar-pakar perubatan, makanan yang masuk ke mulut akan melalui perut kemudian dicerna dan diserap oleh usus kecil. kebanyakan sisa makanan yang belum dicerna akan ditinggalkan dalam usus besar manakala bakteria dalam usus akan menguraikan bahan-bahan ini menjadi toksin. Dalam keadaan normal, toksin ini akan dikeluarkan dari badan bersama najis. Jika seseorang itu sering mengalami sembelit, toksin tidak dapat keluar dari badan dan akan diserap semula.
Bahan bertoksin yang diserap semula akan dibawa masuk ke hati oleh darah (hati bertindak sebagai penapis). Ini akan menambahkan beban hati. Bayangkan apa akan jadi pada hati sekiranya bahan toksin yang tinggal di dalam usus untuk jangka masa yang panjang berkali-kali diserap semula dan dibawa ke hati. Ngerinya......kesian hati. Terlalu berat beban kerjanya. Cuba bayangkan rupa hati kita sekarang ni...Agak-agak ada lagi tak ruang untuk dia jalankan fungsinya sebagai penapis? Dah berapa tahun dah kita hidup, makan macam-macam, sedut macam-macam, tah abes keluar ikut berak dan kencing ke tak. Yang merokok dan minum arak, lagi la tak boleh nak bayang macam mana dah sengsaranya hati nak menanggung.
Nampak tak, kesan pada hati bila usus kita bermasalah. Biasa tak dengar mana-mana pesakit yang menghidap penyakit kronik memang tak akan dapat dibantu lagi bila doktor dah sahkan hatinya telah dijangkiti kuman. Atau kadang-kadang doktor istilahkan hati pesakit dah keras. Sebenarnya sebelum pesakit itu disahkan menghidap penyakit lagi hati dia dah tak berfungsi dengan betul tetapi tidak dapat dikesan sebab hati tidak mempunyai saraf yang boleh menyebabkan kita rasa sakit walaupun pada tahap organ ini sebenarnya sudah gagal berfungsi. Dan 1 lagi penyakit hati yang kalau mana-mana pesakit disahkan menghidap penyakit ni, memang sukar untuk sembuh, biasanya disebut hepatitis atau paling mudah dikenali dengan sakit kuning.
Cuba kita ambik analogi vacuum cleaner kat rumah kita. Sampai satu tahap, bila dah banyak kali guna mesti kena bersihkan kantong dia kan. Kalau tak abeh la jam, nak tapis habuk macam mana kan? Haaa...macam tu la jugak sebenarnya organ kita yang bertindak sebagai penapis ni. Jom tengok plak apa sebenarnya fungsi hati ni (rujuk wikipedia) :
Fungsi Hati
Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
Menguraikan molekul hemoglobin tua.
Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
Hebatnya Kurniaan Allah. Organ sekecik ni mampu buat semua ni. Tapi mampu ke lagi hati kita nak jalankan tugas-tugas ni bila dia sendiri pun dah tak boleh nak bernafas? Bila jawapannya TIDAK, maka akibatnya satu persatu penyakit akan keluar. Ini adalah FAKTA. So, adakah kita nak tunggu je masa tu tanpa buat apa-apa? Lepas satu...satu kes kematian mengejut kita dengar tapi masih nak peluk tubuh? Marilah sama-sama kita bagi peluang pada hati kita untuk bernafas seperti yang sepatutnya. JOM kita bersihkan hati!
Nanti saya kongsikan entry berkenaan produk untuk BERSIHKAN HATI. Best produk ni, sekarang saya amalkan. Saya sayang hati saya so dah tentu kena jaga betul-betul kan. Bagi anda yang mempunyai masalah seperti ini, saya sarankan rawatlah sekarang sebelum ia menular kepada masalah yang lebih besar. Oke jumpa saya dalam next entry ye..
Salam sayang
Mommy Masleza