SHAKLEE KUANTAN: TIPS BANYAKKAN SUSU IBU



Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan tips asas untuk membanyakkan susu. Walaupun dah ambil supplement tapi masih ada yang mempunyai masalah susu kurang. Jadi, boleh cuba check sama ada asasnya dah dibuat ke belum ye. Mari kita muhasabah diri.

Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten

Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.

Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.

Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?

Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.
Minum banyak air

Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.

Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.

Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.

Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.

pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.
Doa

Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.

Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.


Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Surah Al-Mu’min:60)


Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

sumber : Better You Better World


PERINGATAN!
1 hari = 24jam untuk semua ibu yang menyusu. Tiada ibu yang dapat 25jam dalam sehari. Jadi kalau ibu lain boleh, beritahu diri kita, SAYA BOLEH!. Tak sempat, letih mahupun, tak cukup tidur bukan alasan untuk kita tidak pam susu. Ibu lain juga rasa apa yang anda rasa. Ibu lain boleh bangun malam untuk pam, saya juga boleh!


UNTUK ANAK SAYA, SAYA SANGGUP!






Anda juga boleh mencuba SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE ini dengan harga yang berpatutan. Ia lengkap dengan sumber protein dan nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia sebagai supplement semulajadi dalam membantu anda banyakkan susu untuk anak bertuah anda! Kenyang anak bertuah anda... memang bertuah!


UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE
SILA WSUP KE NO 018-9059270

NAK HARGA MURAH LAGI JIMAT, DAFTAR KEAHLIAN RM75.00 SHJ. SEUMUR HIDUP