SHAKLEE KUANTAN : RESEPI CRUNCHY CAREMAL



RESEPI CRUNCHY CAREMAL

Crunchy ni dah 2 kali sya beli..memang sedap makan Kudapan ni..sekali makan jek kalau beli 1 bekas tu..so ari ni duk cari2 dalam Internet dan terjumpa gak akhirnya...selepas ini mesti cuba buat...jom saya kongsikan...snek yg lazat ji mmg ramai yg sukakan...

BAHAN-BAHANNYA:
100 gm serbuk Florentine
180 gm hirisan badam
10 gm kuaci hijau
10 gm kuaci putih
Sedikit bijan hitam
Sedikit bijan putih

Langkah demi langkah.
CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Campur semua bahan kekacang.

2. Masukkan serbuk florentine dan gaul (tinggalkan sedikit serbuk florentine untuk tabur atas kekacang).

3. Ratakan atas dulang 'non-stick'. Atau kalau tiada boleh guna Baking paper untuk tak bagi melekat

4. Tabur dan ratakan lebihan serbuk florentine atas campuran kekacang yang telah diratakan tadi.

5. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit. Bakar florentine selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak (bergantung jenis oven).

6. Setelah masak, biarkan sejuk dan potong bentuk segi empat tepat.

Siap dipotong.
Sedia untuk di makan.
Selamat mencuba!