MENYESAL BELI PRODUK SHAKLEE


Menyesal beli produk shaklee!


Makin glamor shaklee ni makin banyak la keburukan yang timbul.  Betul tak??

Tsunami shaklee buat ramai orang nak tau dan berhati-hati nak membeli bukan apa takut menyesal pulak nantikan.  So jom kita sama-sama baca.


PRODUK SHAKLEE ADA KEBURUKAN KE??


Masalah Produk Shaklee Yang Anda Tidak Tahu

1. Produk Shaklee Tidak Dikilangkan di Malaysia

Antara persoalan yang selalu ditanyakan pada saya selaku pengedar sah produk shaklee ialah, produk shaklee ini dari mana ya?

Haaa...jawapannya produk shaklee ini daripada negara Uncle Sam, Amerika Syarikat. Belum ada lagi produk Shaklee yang dikilangkan di Malaysia. Ianya 100% import ya. Timbul pula persoalan kenapa macam tu? Kenapa tak dikilangkan kat Malaysia saja?

Sebab semua produk Shaklee ini dikeluarkan dengan kawalan yang sangat ketat bagi menjamin mutu dan kualiti produk sentiasa terjamin. Bagi Shaklee kualiti dan kepuasan pengguna produk Shaklee adalah sangat penting.

2. Produk Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM

Antara isu yang sering kali dibangkitkan, HALAL ke produk Shaklee ini?

Ya, sebagai seorang muslim semestinya kita perlu mencari supplemen yang halal. Dan alhamdulillah, vitamin Shaklee ini HALAL tau....jangan ragu-ragu lagi yee. Lagipun, kebanyakan produk Shaklee adalah dari tumbuhan semulajadi, kecuali Shaklee Kolagen Powder adalah dari sumber haiwan iaitu sisik ikan merah.

Di Malaysia, JAKIM adalah badan yang mengeluarkan dan memantau status halal sesuatu produk. Namun, oleh kerana produk Shaklee adalah diimport terus daripada US, maka Shaklee mempunyai sijil Halal dari Islamic Service of America (ISA).

Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut. Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA adalah badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Dan sijil halal dari ISA ini akan diperbaharui setiap tahun tau. Haa...ini dia rupa sijil Halal nya... so boleh makan vitamin Shaklee tanpa was-was ya !!












3. Produk Shaklee Mahal Sangat


Betul ke produk Shaklee ni mahal sangat??

Mengikut pengalaman saya sendiri, sebelum berkenalan dengan Shaklee memang biasa mengamalkan supplemen kalsium. Sebab saya memang jenis kurang minum susu. So, kenalah top up dengan kalsium utk penjagaan tulang yang sihat . ni biasa amalkan brand BBB harga untuk stok sebulan dalam RM70 beli dekat farmasi. Selepas berkenalan dengan Shaklee, bertukarlah kepada Shaklee Ostematrix. Harga Ostematrix ni RM61 boleh tahan sebulan. Tapi, bila dah jadi ahli shaklee, boleh dapat lagi murah. So, sebenarnya kalau nak dibandingkan ia tidaklah mahal seperti yang di war-warkan. Harga produk shaklee itu mahal hanyalah gosip semata-mata


Dan kalau anda nak tahu, sebotol produk-produk shaklee ini boleh tahan sangat lama tau !! Cuba tgk gambar dibawah ini. Vitamin C Shaklee boleh tahan sehingga 6 bulan.Harga sebotol vitamin c shaklee hanya RM92.50 (untuk dapat benefit lebih, join jadi ahli shaklee terus!) Cuba kira, sebulan anda hanya membelanjakan RM15 sahaja. Sangat berbaloi tau!!


TEMPOH PENGGUNAAN VITAMIN SHAKLEE


4. Susah nak beli Produk Shaklee, tidak dijual di farmasi

Untuk pengetahuan semua, produk Shaklee memang tidak dijual di farmasi ya. So, tak perlulah penat lelah nak pergi survey kat farmasi. Produk Shaklee hanya boleh didapati di Branch atau dengan Pengedar Sah Shaklee yg comel seperti saya ni...(huhu...perasan jap!) Shaklee hanya ada 7 Branch termasuk HQ nya. Tapi untuk anda buat belian di Branch Shaklee anda perlu menjadi ahli shaklee terlebih dahulu. So, lebih baik dapatkan daripada pengedar shaklee spt saya beri servis terbaik. Penghantaran dibuat keseluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Ada juga yg pos sampai ke oversea tau spt Singapore, Brunei, Saudi dan lain-lain. Dan yang bestnya konsultasi dan cara pemakanan secara percuma tau !!


5. Kenapa Vitamin Shaklee Tiada Silica Gel ?






Biasa nampak tak silica gel ni? Tapi bagi anda pengguna produk Shaklee perasan tak dalam vitamin Shaklee ni tiada Gel Silica ni. Haaa....apa fungsi benda ni eh?? Silica gel ni sebenarnya berfungsi untuk menyerap kelembapan. Vitamin yang ada gel silica didalamnya adalah vitamin sintetik. Oleh kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi, maka tak perlulah nak letak gel silica ni.

Mana satu pilihan anda? Vitamin sintetik atau vitamin semulajadi ?? Semestinya vitamin semulajadi kan...sebab anda adalah pengguna yang bijak !!


6. Produk Shaklee adalah Produk Yahudi, Haram Umat Islam Join Jadi Ahli Shaklee



Isu Shaklee ini adalah produk Yahudi sudah hangat diperdebatkan. Ada pihak yang menyatakan tidak boleh menyokong produk Shaklee kerana ia adalah keluaran Amerika Syarikat.


Sebelum itu, jom kita lihat sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Sahih Bukhari ini dan nilailah dari sudut pandangan Islam.





Sekiranya Shaklee ada bukti yang kukuh penyumbang kepada Zionis Yahudi maka Shaklee tatkala itu hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Berkaitan membeli barangan keluaran kafir, ulamak telah bertegas bahawasanya sekiranya barang tersebut adalah HALAL dan tidak mengandungi unsur syubhah maka barang itu boleh dibeli. Bahkan terdapat bukti Nabi Muhammad telah menggunakan produk orang kafir contohnya Nabi Muhammad pernah menggunakan KHUF (sejenis kasut) yang buatannya dari negara Habsah (sekarang dikenali sebagai Ethiopia) yang ketika itu adalah negara kafir. Oleh yang demikian mana-mana produk apabila sudah diperakui status kehalalannya maka ia halal untuk diguna atau dimakan.


7. Produk Shaklee Selalu Habis Stok
Haaa...ini satu lagi masalah jugak. Macam mana nak makan secara konsisten kalau stok vitamin Shaklee ni selalu habiskan?? Sekarang ni tsunami shaklee maka terjadi apabila permintaan melebihi pengeluaran. Antara produk-produk yang selalu habis stok ialah :

Chewable Vita-C Plus
Sustained Released Vitamin C
Advanced Joint Health Tablet
Caratomax
ESP Soy Protein Shaklee
Herb-Lax

Jadi wajiblah kita buat stok sama-sama ye.


8. Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan

Ada sesetengah orang yang mula-mula amalkan supplemen Shaklee ni akan merasa beberapa perubahan seperti rasa loya, mual, pening kepala, terasa panas dan mcm2 lagi. Adakah semua ini merbahaya?


Sebenarnya, ia adalah satu proses yang dipanggil Healing Crisis. Haa....apa tu??


Healing Crisis adalah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh badan terhadap perubahan untuk menjadi lebih sihat daripada proses penyembuhan secara semulajadi. Ianya berlaku apabila badan membuang toksin dari sistem tubuh disebabkan prosess pembersihan. Healing crisis ini boleh terjadi apabila menukar diet pemakanan, supplement dan treatment.


Jadi anda tak perlu risau ya, sbb bila ada tanda-tanda healing crisis ni sebenarnya lebih bagus sebab badan anda menunjukkan reaksi dengan vitamin yang diambil dan segala toksin akan dibuang dari badan.



9. Produk Shaklee ada yang Berbau Tidak Best dan Warnanya pun Tidak Cantik

Antara produk Shaklee yang paling berbau tidak best semestinya Shaklee Bcomplex. Baunya memang sangat kuat. Kalau letak dalam laci tu memang bila bukak laci semerbaklah bau B-Complex tu.

Lagi satu, produk shaklee seperti pencuci muka Nutriwhite, Shampoo Pro Sante dan even sabun pencuci baju Get Clean Shaklee ni memang baunya tak wangi seperti produk lain yg ada dipasaran. Memang kadang2 tu rasa mcm tak pakai sabun pulak kan.


Kenapa ye agaknya?


Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah semulajadi tanpa tambahan apa2 pewarna dan pewangi. Semuanya adalah bahan semulajadi tanpa bahan kimia tau!!



PRODUK SHAKLEE TIADA BAHAN KIMIA, 100% SEMULAJADI



10. Shaklee Tidak Memerlukan Duta atau Selebriti untuk Mempromosikan Produknya


Biasakan anda lihat selebriti atau orang-orang terkenal menjadi duta sesuatu produk dan mereka akan membantu bersama-sama untuk mempromosikan produk itu. Namun ia tidak terjadi untuk produk Shaklee ini. Walaupun sebenarnya banyak selebriti terkenal dalam dan luar negara mempercayai dan menggunakan produk Shaklee seperti Tun Mahathir, Rita Rudani, Ashraf Muslim, Jennifer Lopez, Tiger Woods dan Oprah Winfrey namun mereka bukanlah duta yang dilantik.


Nak tahu kenapa?? Adakah sebab Shaklee tiada duit nak bayar mereka?? heheh...takkanlahh kan. Setiap bulan untung juta-juta nak amik duta pun takde duit kann??

Sebenarnya, Shaklee memang mahukan kita yang biasa-biasa ini yang berkongsi kehebatan produk Shaklee selepas menggunakannya sendiri. Bagi mereka apabila orang-orang biasa ini mencuba sendiri, dan berkongsi cerita kepada keluarga dan kawan-kawan itu adalah lebih mempengaruhi daripada iklan yang dibelanjakan berjuta-juta. Kerana Shaklee sememangnya sudah kukuh dengan produknya yang Selamat, Berkesan dan Terbukti lebih 50 tahun ini....

Rumos
Memang tak menyesal la kalau belikan. Terbukti ianya produk yang selamat dan berkesan.  Jadi wajib la anda beli sb bukan jek bagus untuk tingkatkan kesihatan tubuh badan kita tetapi sangat menjimatkan wang anda.

berminat boleh dapatkan dari saya.
masleza - 0189059270

PENCUCI BOTOL SUSU YANG PALING SELAMAT DIGUNAKAN

Cara hilangkan kerak puting dan botol susu


Berapa ramai yang menggunakan pencuci botol susu yang dijual dipasaran.  Tau tak kebanyakannya adalah tidak selamat digunakan kerana mempunyai bahan kimia yang berbahaya.

Hari ini saya nak perkenalkan pencuci botol susu yang paling selamat khusus untuk anak anda iaitu Hand Dish Wash.  Kandungan pencuci botol susu ini adalah daripada hampas jagung dan kelapa dan ianya sangat selamat, bebas kimia dan toksik.  Hand Dish Wash dapat menanggalkan kerak puting dan botol susu dengan mudah dan menjimatkan wang anda kerana hanya 1-2 titis sahaja penggunaanya.

Bulan ni saja dh 30 botol terjual.  Memang ternyata pencuci botol susu ni sangat laris sebab sangat berkesan. 

Tau tak pencuci botol susu ni bukan jek boleh hilangkan kerak puting dan botol susu tapi ianya juga berbau harum.  Kulit tangan pun lembut jek.

Tau tak 1 botol ni tahan berapa lama?  Hanya 1-2 titis jek guna jadi insya allah memang tahan lebih dari 6 bulan.  JIMATKAN!

Cara penggunaanya
Rendam botol dan puting susu dengan air panas kemudian berus puting dan botol susu dengan hand dish wash

Harga tersangat murah dan sangat laris dipasaran.

Hubungi saya
Masleza - 0189059270
facebook : masleza kasim


Pencuci Botol Susu
Pencuci Botol Susu

SHAKLEE KUANTAN : 10 TIPS UNTUK KURUSKAN/ MENGURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT

10 TIS UNTUK KURUSKAN/MENGURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT!!

Kesihatan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Menurut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini hampir 60% rakyat Malaysia ialah dari golongan yang obesiti atau berat badan berlebihan. Kita perlu memupuk gaya hidup yang sihat agar masalah ini dapat diselesaikan.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang dapat dipraktikkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal atau kuruskan badan dengan cepat. Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menguruskan badan dengan cepat :-

1. Mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi.

Makan nasi sekali dalam sehari sudah memadai untuk keperluan tubuh kita. Kadar pengambilan juga perlu sederhana tidak terlalu sedikit atau banyak.

2. Memperbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Kandungan serat atau fiber di dalamnya dapat melancarkan sistem kumuh badan manusia. Paling penting serat tidak dapat menggemukkan.

3. Sarapan di awal pagi dengan meminum kopi atau jus buah-buahan.

Lemak di dalam badan akan lebih mudah terbakar dengan meminum kopi.

4. Jangan amalkan memakan jajan atau snek di waktu malam sebelum tidur.

Badan akan menyimpan lemak ketika waktu malam, lebih-lebih lagi waktu tidur kerana tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan semasa tidur.

5. Berhenti atau kurangkan meminum air berkarbornat.

Ini adalah kerana kandungan gas yang terdapat di dalam air itu mengembungkan perut. Ini akan mengakibatkan reaksi emosi yang mendorong kita untuk makan.

6. Amalkan meminum teh hijau ( Green tea ) setiap kali selepas makan.

Ini dapat membantu pembakaran lemak.

7. Ketika bangun tidur amalkan cara dengan bangun secara bangkit tubi ( Sit up ).

Duduk tenang dalam 30 saat kemudian teruskan dengan senaman bangkit tubi 10 kali sebanyak 3-5 set. Amalan ini dapat memecahkan lemak dengan pantas di bahagian perut ( Tummy ).

8. Lompat bintang ( Star jump ). 

Iaitu sebanyak 20 hingga 25 kali setiap jam.

9. Banyakkan meminum air limau ais.

Air sejuk memaksa tubuh kita membakar lebih kalori.

10.Berjalan atau mendaki selama 10 hingga 15 minit selepas makan.

Ia dapat membakar sukurang-kurangnya 100 kalori.Kaedah-kaedah tersebut adalah cara paling mudah untuk menguruskan badan, tidak perlu berdiet dan bersenam dengan teruk.

 CREDIT TO : YH Malaysia dan MSN.