SHAKLEE KUANTAN: SET DARAH TINGGI SHAKLEE


Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia.

Golongan yang berisiko cenderung mendapat darah tinggi:

  • Sejarah keluarga - faktor genetik
  • Peningkatan usia - lelaki cendenrung mendapatnya di usia pertengahan manakala wanita selepas mengalami menopaus
  • Kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal - orang yang tidak aktif cenderung untuk mempunyai kadar nadi yang lebih tinggi, menyebabkan lebih kuat jantung bekerja dan menyebabkan lebih kuat tekanan di saluran arteri
  • Diet yang salah
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Berat badan berlebihan
  • Tekanan perasaan
  • Merokok - tembakau boleh merosakkan saluran arteri
Tekanan darah tinggi yang tidak diatasi dan dicegah boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi berikut:
  • Strok
  • Sakit jantung - kegagalan jantung
  • Kerosakan ginjal
  • Kerosakan mata




Saranan vitamin untuk pesakit darah tinggi:

Vitamin asas (Vitalea, B Complex, Vita C)
Untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular

Carotomax, Vita E 
Vitamin anti-oksidan bagi mengurangkan risiko penyakit berpunca daripada aktiviti radikal bebas

CoQ Health Plus 
Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat

OmegaGuard 
Merendahkan paras kolesterol tidak baik, melancarkan darah dan meningkatkan fungsi jantung

Garlic Complex 
Merendahkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan mengawal jangkitan
Mahu ikhtiar dengan mencuba set ini? Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan order. Sumber semulajadi, pastinya tiada kesan sampingan.

SET BAJET



UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE
SILA WSUP KE NO 018-9059270

NAK HARGA MURAH LAGI JIMAT, DAFTAR KEAHLIAN RM75.00 SHJ. SEUMUR HIDUP

TIPS KAWAL DARAH TINGGI



Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.


Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.

  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

  • 7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:


  • Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

  • Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

  • Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  • Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  • Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  • Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. 

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
  • Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

sumber: kevin zahari



Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat.  Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. 


Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.




Tanda dan Gejala

• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala

• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala

• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)

• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.


SHAKLEE KUANTAN: CADANGAN SUPPLIMEN UNTUK PESAKIT PSORIASIS

Rasanya ramai yang tidak tahu apa itu PSORIASIS. Sakit apa ni? berjangkit ke? bahaya ke?
Nak tau..jom kita kenali apa ke bendanya ni.

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.


Tanda-tanda

Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang minima

Jenis-jenis psoriasis


Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.

  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Psoriasis bahagian lampin
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan







Sebagai salah satu usaha kita dalam mengawal psoriosis dari merebak dan menjadi semakin teruk, shaklee ada cadangan untuk membantu anda yang mengalami masalah ini.

CADANGAN SUPPLEMENT

1.  DALAMAN

NUTRIFERON
Penting untuk meningkatkan immune system supaya badan lebih kuat tak tidak mudah diserang penyakit, Immune Booster

ESP
Merupakan sumber protein terbaik. Protein adalah makanan bagi sel yang sihat dan bahan asas bagi pembentukan sel kulit yang baru.

Vitamin C- Menggalakkan penghasilan kolagen bagi mengikat sel-sel kulit dan mengelakkan kulit dari mudah menggelupas.

Bcomplex
Stress boleh menyebabkan psoriosis lebih cepat merebak. Jadi amat penting untuk sentiasa tenang. Bcomplex boleh bertindak sebagai anti-stress dan membantu untuk menghindari stress.

SHAKLEE COLLAGEN POWDER
Sumber kolagen asli membantu memperbaiki sel kulit dan mengikat sel dengan baik serta mengelakkan penggelupasan teruk.

VIVIX
Bertindak dari peringkat DNA untuk memperbaiki sel dan meningkatkan imuniti tubuh. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal

2.  LUARAN

HERBAL CREAM
Memberikan kelembapan dan melembutkan kulit yang kasar

BASIC H
Memberikan dan mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi. Hanya campurkan 2-3 titis dalam air mandian.

Ini adalah antara cadangan vitamin supplement untuk masalah psoriasis. Tapi perlu diingatkan ye, ini bukan ubat dan tidak bermaksud untuk merawat..ini adalah salah satu alternatif bagi mengawal psoriosis kerana pada masa ini penyakit psoriosis tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal.


UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE
SILA WSUP KE NO 018-9059270

NAK HARGA MURAH LAGI JIMAT, DAFTAR KEAHLIAN RM75.00 SHJ. SEUMUR HIDUP

INFO PENYAKIT PSORIASIS

Entry kali ini nak kongsi dengan anda tentang penyakit PSORIASIS. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Kenali apa itu PSORIASIS

Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.

Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).

Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.


Contoh keadaan kulit psoriasis yang jelas dipermukaan kulit
(Foto www.familydoctor.co.uk)

Pesakit yang mengalami psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.

Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:

*Infeksi
*Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
*Kecederaan pada kulit
*Tekanan
*Cuaca
*Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.

Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

Pesakit psoriasis dan kehidupan seharian













Tidak seperti penyakit kronik yang lain, pemakanan pesakit yang mengalami psoriasis tidak berkait antara satu sama lain. Psoriasis dialami oleh semua kaum di Malaysia, contohnya, walaupun juadah makan setiap kaum amat berbeza.

Ianya juga tidak sepatutnya menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan itu memahami penyakit ini.

Psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya bertambah buruk.

Walaupun terdapat kaitan genetik di dalam penyakit ini, adalah sukar untuk membuat ramalan samada anak yang dilahirkan itu akan menghidap psoriasis atau tidak. Terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga menghidapi psoriasis pada masa yang sama tetapi ada juga pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.

Rawatan dan sokongan

Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda psoriasis.

Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.

Persatuan Dermatologi Malaysia baru-baru ini melancarkan KULIT – Kempen PDM 2007 Hidup bersama Psoriasis bagi memberi penerangan dan informasi tentang penyakit ini kepada orang ramai.

KULIT membawa makna yang lebih mendalam iaitu:

K - knowledge ataupun pengetahuan yang amat penting tentang penyakit ini
U - singkatan you atau anda yang mengalami psoriasis
L - living atau hidup dengan penyakit ini dan menghadapi cabaran seharian
I - Interaction atau interaksi dengan orang lain
T - treatment atau rawatan adalah perlu.

Pesakit-pesakit psoriasis juga boleh mendapat bantuan sokongan daripada Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hubungi Eugene Cross di 03 - 8948 4335 untuk keterangan lanjut.


SUMBER DARI:

Dr Ain Tian, Pakar Perunding Kulit
www.dermatology.org.my/psoriasis
www.psoriasis.org
www.skincarephysicians.com/psoriasisnet

SHAKLEE KUANTAN: BERSIH HATI DENGAN DTX COMPLEX SHAKLEE


Entry ini khas untuk anda yang benar-benar sayangi hati anda.
Buatlah pilihan terbaik untuk lindungi hati anda.




Mungkin jarang kita mendengar nama DTX Complex Shaklee ini di sebut-sebut, kerana, kita sering mengaitkan supplemen untuk perkara-perkara yang sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita sahaja. DTX Complex Shaklee tergolong dalam kumpulan sebagai supplemen cadangan untuk kesihatan hati.


Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:


1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
  • Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:

Biji ‘milk thistle’
  • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
  • Merupakan bahan utama dalam DTX
  • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
Biji schizandra chinensis
  • Menghalang Toksin berada dalam badan
  • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
  • Mengandungi Antioksida
Cendawan Reishi
  • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
  • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
  • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
Kunyit
  • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
Ekstrak artichoke
  • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
  • Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.
Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati



Lingkaran gelap pada mata
Beberapa peneliti mengungkapkan, lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerusakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahwa lingkaran hitam di daerah mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah suatu tanda bahwa seseorang terserang penyakit hati.



Mata berwarna kuning
Mata yang berwarna putih jika Anda penderita penyakit hati akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar Anda harus segera memeriksakan diri ke dokter.



Perut menjadi buncit
Perut yang membesar tetapi tidak mengonsumsi banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Pasalnya, perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerusakan di hati.



Bau mulut yang menyengat
Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini terkait adanya kelebihan ammonia yang diproduksi dalam tubuh.



Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu.

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan," jelasnya. 



"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 



''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum," tambahnya.






UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE
SILA WSUP KE NO 018-9059270

NAK HARGA MURAH LAGI JIMAT, DAFTAR KEAHLIAN RM75.00 SHJ. SEUMUR HIDUP

SHAKLEE KUANTAN: BAHAYA PENYAKIT SEMBELIT

Ramai orang termasuk saya sendiri, tidak sedar bahaya sembelit. Majoriti menganggap sembelit adalah masalah remeh yang tidak perlu diberi perhatian serius. Jom saya kongsikan  dan sama-sama dapat manfaat dari perkongsian ini.

SEMBELIT sebenarnya adalah punca penyakit. Ia boleh mengakibatkan buasir malah merupakan salah satu penyumbang besar penyakit kronik seperti kanser kolon, kanser payu dara dan hepatitis.




SEMUA penyakit sebenarnya berpunca daripada usus yang bermasalah. Mempunyai rutin membuang air besar setiap hari, tidak menjamin sesorang itu bebas dari masalah usus. So, jom kita tengok cerita di sebalik teori usus ni.




Menurut pakar-pakar perubatan, makanan yang masuk ke mulut akan melalui perut kemudian dicerna dan diserap oleh usus kecil. kebanyakan sisa makanan yang belum dicerna akan ditinggalkan dalam usus besar manakala bakteria dalam usus akan menguraikan bahan-bahan ini menjadi toksin. Dalam keadaan normal, toksin ini akan dikeluarkan dari badan bersama najis. Jika seseorang itu sering mengalami sembelit, toksin tidak dapat keluar dari badan dan akan diserap semula. 


Bahan bertoksin yang diserap semula akan dibawa masuk ke hati oleh darah (hati bertindak sebagai penapis). Ini akan menambahkan beban hati. Bayangkan apa akan jadi pada hati sekiranya bahan toksin yang tinggal di dalam usus untuk jangka masa yang panjang berkali-kali diserap semula dan dibawa ke hati. Ngerinya......kesian hati. Terlalu berat beban kerjanya. Cuba bayangkan rupa hati kita sekarang ni...Agak-agak ada lagi tak ruang untuk dia jalankan fungsinya sebagai penapis? Dah berapa tahun dah kita hidup, makan macam-macam, sedut macam-macam, tah abes keluar ikut berak dan kencing ke tak. Yang merokok dan minum arak, lagi la tak boleh nak bayang macam mana dah sengsaranya hati nak menanggung.


Nampak tak, kesan pada hati bila usus kita bermasalah. Biasa tak dengar mana-mana pesakit yang menghidap penyakit kronik memang tak akan dapat dibantu lagi bila doktor dah sahkan hatinya telah dijangkiti kuman. Atau kadang-kadang doktor istilahkan hati pesakit dah keras. Sebenarnya sebelum pesakit itu disahkan menghidap penyakit lagi hati dia dah tak berfungsi dengan betul tetapi tidak dapat dikesan sebab hati tidak mempunyai saraf yang boleh menyebabkan kita rasa sakit walaupun pada tahap organ ini sebenarnya sudah gagal berfungsi. Dan 1 lagi penyakit hati yang kalau mana-mana pesakit disahkan menghidap penyakit ni, memang sukar untuk sembuh, biasanya disebut hepatitis atau paling mudah dikenali dengan sakit kuning.


Cuba kita ambik analogi vacuum cleaner kat rumah kita. Sampai satu tahap, bila dah banyak kali guna mesti kena bersihkan kantong dia kan. Kalau tak abeh la jam, nak tapis habuk macam mana kan? Haaa...macam tu la jugak sebenarnya organ kita yang bertindak sebagai penapis ni. Jom tengok plak apa sebenarnya fungsi hati ni (rujuk wikipedia) :

Fungsi Hati

Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
Menguraikan molekul hemoglobin tua.
Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.



Hebatnya Kurniaan Allah. Organ sekecik ni mampu buat semua ni. Tapi mampu ke lagi hati kita nak jalankan tugas-tugas ni bila dia sendiri pun dah tak boleh nak bernafas? Bila jawapannya TIDAK, maka akibatnya satu persatu penyakit akan keluar. Ini adalah FAKTA. So, adakah kita nak tunggu je masa tu tanpa buat apa-apa? Lepas satu...satu kes kematian mengejut kita dengar tapi masih nak peluk tubuh? Marilah sama-sama kita bagi peluang pada hati kita untuk bernafas seperti yang sepatutnya. JOM kita bersihkan hati!


Nanti saya kongsikan entry berkenaan produk untuk BERSIHKAN HATI.  Best produk ni, sekarang saya amalkan.  Saya sayang hati saya so dah tentu kena jaga betul-betul kan. Bagi anda yang mempunyai masalah seperti ini, saya sarankan rawatlah sekarang sebelum ia menular kepada masalah yang lebih besar. Oke jumpa saya dalam next entry ye..

Salam sayang
Mommy Masleza

SHAKLEE KUANTAN: PENCUCI USUS TERBAIK

Entri kali ini saya nak cerita mengenai Herb Lax. 
Ia lebih dikenali sebagai DETOX. Apa itu detox???? Nak tahu tak? 




Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:



  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.


Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.


Kebaikan Herb Lax



  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 


  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Mari kita baca testimoni di bawah


"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam..."
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"






Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Almaklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah kita ini.


UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE
SILA WSUP KE NO 018-9059270

NAK HARGA MURAH LAGI JIMAT, DAFTAR KEAHLIAN RM75.00 SHJ. SEUMUR HIDUP

KENAPA PERLU CUCI USUS

 Bismillahirrahmanirrahim

Hari in saya nak kongsikan berkenaan KENAPA KITA PERLU CUCI USUS.  WAJIB ye!!


Apa yang berlaku di dalam perut manusia ? 

Organ-organ dalam sistem pencernaan badan manusia mengandungi sebahagian besar lingkungan perut manusia. Segala apa yang dimakan dan diminum akan diserap oleh perut, usus kecil dan usus besar serta dihadamkan sebelum dihantar ke usus kecil untuk diproses. Terdapat 30 juta bulu-bulu kecil yang bertugas untuk menyerap makanan yang telah diproses untuk dihantar ke seluruh bahagian sel tubuh yang memerlukannya. Contoh bahagian-bahagian sel badan yang memerlukan ekstrak zat-zat makanan:

1. Bahagian sel yang sedang membesar seperti otot-otot badan
2. Bahagian sel yang sedang bertumbuh seperti rambut yang sedang memanjang
3. Bahagian sel yang sedang memanjang seperti tulang-tulang kaki atau tangan
4. Bahagian sel yang sedang digantikan seperti kuku yang telah dipotong

Penukaran makanan kepada tinja 

Selepas itu barulah hampas ( bakinya ) yang tidak digunakan atau diproses akan dihantar ke usus besar untuk diproses menjadi bahan buangan yang akhirnya akan disingkir keluar sebagai tinja ( najis ) melalui proses penyahtinjaan.

Makanan tercemar merosakkan sistem pencernaan 

Kebanyakan bahan makanan dan minuman sekarang telah dicampur bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna dll yang menjejaskan keaslian bahan asal makanan atau minuman itu sendiri. Jika bahan pengawet digunakan untuk mengekalkan keadaan baru makanan atau minuman itu daripada rosak ( basi ), tentunya ia akan menjejaskan kebolehan sistem badan manusia untuk mencernakannya. Tambahan pula kini lebih banyak makanan dan minuman yang telah tercemar semasa disediakan seperti asap rokok, asap kenderaan, debu-debu dari jalan, habuk yang berterbangan di udara, losyen tangan, air klorin dll. Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang penyakit-penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, sakit jantung dll.

Kesan buruk akibat pencernaan tidak sempurna

Proses penyahtinjaan ( penyingkiran bahan buangan ) yang sempurna akan mengeluarkan toksid ( toksin / racun ) dari dalam badan manusia. Tetapi jika proses ini terganggu, ianya akan menjejaskan kestabilan sistem badan seperti :
- mengurangkan daya imunisasi badan
- kekembungan, perut berangin
- mempercepatkan penuaan
- sakit dada, sesak nafas
- serangan angin ahmar
- mulut & nafas berbau
- buah pinggang mengecil
- masalah kulit

Usus kotor boleh menyebabkan kanser ( barah ) ?
Implikasi yang paling serius adalah usus akan kekurangan oksigen akibat dihadang oleh sisa-sisa kotoran yang telah menjadi pejal dan mendap pada dinding usus. Mengikut kajian yang dijalankan, individu dewasa yang normal akan mengumpulkan sejumlah 6 kilogram sisa pepejal ini sejak kecil jika tidak mengamalkan pemakanan yang betul atau memakan bahan yang mengandungi bahan kimia. Sel-sel usus akan menjadi lemah dan dalam banyak kes telah menyebabkan barah perut.

Oleh itu, usus manusia perlu dicuci dan dibersihkan dengan sempurna mengikut kaedah yang betul menggunakan sumber semulajadi yang tidak akan memberi kesan sampingan jangka panjang kecuali tindakbalas sementara semasa penyesuaian sahaja. 


Dah tahukan betapa pentingnya usus pada kita.  Jadi wajib ler kita sama-sama jaga usus kita.  Dalam Shaklee terdapat juga produk paling best untuk cuci usus kita.  Tak mahal pun.  Memang anda mampu miliki nya, selamat dan halal untuk dimakan.




UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE
SILA WSUP KE NO 018-9059270

NAK HARGA MURAH LAGI JIMAT, DAFTAR KEAHLIAN RM75.00 SHJ. SEUMUR HIDUP

TIPS PENCETUS SELERA ANAK-ANAK YANG SUKAR MAKAN

Jom saya kongsikan Tips hadapi masalah anak2 cerewet tentang makanan

TIPS UNTUK MENGHADAPI MASALAH KANAK-KANAK CEREWET TENTANG MAKANAN..


1) Elak dari mempraktikan kuasa ke atas anak anda seperti jangan paksa menyuap makanan, jangan rasuah dan jangan sekali mewujudkan situasi “perasaan bersalah” dihatinya.


2) Sentiasa mempertengahkan makanan kesihatan untuk anak anda sekiranya mereka tidak bosan dengan pilihan anda.Beri kebebasan dan peluang untuk mereka memilih makanan yang mereka suka asalkan ia dalam kategori makanan seimbang.


3) Hidangan baru biasanya mulakan dengan bahagian kecil dahulu supaya boleh memahami reaksi mereka. Pembaziran makanan perlu dielakkan.


4) Jenis makanan yang ditolak perlu diasingkan dari hidangan utama makanan. Contoh: sekiranya anak anda tidak menyukai carrot maka janganlah buat hidangan utama bercampur carrot cari alternatif yang lain.


5) Sentiasa buat hidangan yang mereka suka tetapi menghiaskan makanan dengan terlampau tidak digalakkan. Bahan perhiasan perlu tidak mempunyai bahan makanan yang tidak disukai oleh anak anda. Bentuk pemotongan hiasan atau bahan makanan perlu menarik minat anak anda. Sebab itulah French Fries McD atau Chicken Nugget Kfc atau donut dunkin donut amat diminati golongan kanak-kanak.


6) Meja makan mestilah mempunyai situasi menjamu selera dengan selesa, tidak ada gangguan konflik keluarga atau gangguan lain seperti TV.


7) Menangani keadaan kehampaan anda dengan penuh kesabaran, bersikap positif dan tegas tetapi tidak beremosional dan aggresif.



Selain dari itu, anda juga boleh memberi makanan tambahan / vitamin untuk anak anda sebagai pembuka selera makan mereka. SHAKLEE menyediakan MEALSHAKE untuk membantu meningkatkan antibodi dan kesihatan anak-anak anda.


Sangat sesuai untuk anak-anak yang berumur 1 tahun ke atas.  Perisa Vanila dan rasanya yang sedap memang disukai mereka.  Hanya dibancuh kedalam susu anak-anak atau minuman kegemaran mereka.







UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE, SILA WSUP KE NO 018-9059270



NAK HARGA MURAH LAGI JIMAT, DAFTAR KEAHLIAN RM75.00 SHJ. SEUMUR HIDUP