SHAKLEE KUANTAN: MASALAH KENCING TIDAK LAWAS



Pernahkah kita memberikan sedikit perhatian kepada perkara ini atau langsung tidak peduli? Cuba bayangkan, apa akan terjadi sekiranya kita tidak boleh buang air kecil. Jika sehari kita mungkin ‘ok’ lagi, tetapi bagaimana keadaannya jika berlanjutan selama tiga hing­ga empat hari?

Itu belum masuk bab kehilangan keupayaan menahan kencing sehingga berlaku kebocoran apabila bangun daripada duduk, bersenam, batuk, bersin mahupun ketawa. Masalah lemah kawalan pundi kencing yang banyak berlaku pada wanita ini bukan saja merumitkan kehidupan, malah turut memberi kesan psikologi sehingga ada yang hilang keyakinan pada diri sendiri.


Secara purata, kita buang air kecil enam hingga lapan kali sehari. Namun kekerapan buang air kecil juga tertakluk kepada jumlah dan jenis minuman diambil. Lebih banyak kita minum, lebih kerap kita berulang ke tandas.


Malah, individu yang banyak minum kopi atau mengambil ubat tertentu seperti ubat untuk tekanan darah tinggi juga kerap kencing kerana ia mempunyai sifat diuretik - yang membuatkan anda sukar untuk berjauhan dengan tandas.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung 350 hingga 550 militer air kencing pada satu masa. Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter.

Kerap buang air kecil pada waktu siang adalah perkara baik kerana ini proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksin dan bahan buangan daripada badan. Namun keadaan akan jadi tidak normal jika kita terpaksa bangun melebihi sekali pada waktu malam untuk buang air kecil.

Kekerapan, rasa terdesak dan berulang kali terpaksa bangun tengah malam adalah tanda penting yang menunjukkan seseorang itu ada masalah pundi kencing terlalu aktif. Bayangkan kesukaran yang akan kita alami jika ada masalah ini dan terpaksa berulang ke tandas melebihi lapan kali dalam tempoh 24 jam kerana desakan untuk buang air kecil tidak boleh ditangguh.

Bayangkan pula apa kesan­nya kepada kualiti hidup orang yang ada masalah ini. Kebanyakan pesakit mengambil pendekatan mengurung diri di rumah kerana sedar mereka tidak berupaya menahan kencing. Daripada terkencing dalam seluar dan memalukan diri sendiri, lebih baik mengasingkan diri di rumah.

Jika mahu membuat pemeriksaan kesihatan, kita akan diminta untuk menjalani dua ujian asas iaitu ujian darah dan air kencing. Ujian air kencing sudah digunakan sejak beratus-ratus tahun dulu sebagai satu cara memeriksa kesihatan kerana banyak bahan yang ‘berlegar’ dalam aliran darah termasuk bakteria, yis, berlebihan protein dan gula akan menamatkan perjalanan mereka dalam air kencing, kata Timbalan Pengerusi Jabatan Urologi Universiti Kansas, Dr Tomas Griebling.

Ujian

Secara umumnya ujian air kencing digunakan bagi mengukur atau mengesan beberapa elemen iaitu:

Kehadiran protein (albumin) yang menandakan penyakit atau kerosakan buah pinggang. Kehadiran protein menunjukkan buah pinggang seseorang itu menjalani proses kerosakan yang berterusan.

Kehadiran darah dalam air kencing. Ia memberi petanda seseorang itu mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kadangkala penyelidik boleh mengesan kehadiran kristal dalam air kencing yang menandakan jenis batu karang dihidapi pesakit.

Seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) berdasarkan kiraan sel darah merah dan nilai asid nitrik.



Bersama-samalah kita berusaha menjaga kesihatan supaya boleh menikmati hidup yang lebih selesa dan sejahtera.


Sumber: Mymetro.com


SET KENCING TIDAK LAWAS SHAKLEE
BAGAIMANA SUPLIMEN SHAKLEE MEMBANTU


Vitamin SHAKLEE yang dicadangkan adalah:

1. Vitamin C- membantu penghasilan estrogen terutama kepada wanita menopos.

2. Ostematrix- membantu pengawalan otot

3. Vitamin B complex- membantu dalam kesihatan fungsi saraf

4. Vitamin E - menstabilkan fungsi pundi kencing

5. GLA Complex- memperbaiki paras estrogen dan testosteron serta memperbaiki masalah postat lelaki dan masalah kerap kencing.

Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas

1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.

2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein

3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing

4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.

5. Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.

Jika anda salah seorang antara beribu yang mengalami masalah kencing tak lawas, jangan risau, masalah ini boleh dirawat. Jumpa doktor, amalkan cara hidup yang sesuai serta ambil makanan yang betul.



UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE
SILA WSUP KE NO 018-9059270

NAK HARGA MURAH LAGI JIMAT, DAFTAR KEAHLIAN RM75.00 SHJ. SEUMUR HIDUP