RESEPI ROTI LAPIS DAGING SPECIAL



Assalam semua..

Tengah-tengah duk belek-belek facebook nampak la resepi ni..cam sedap jek..terliur la plak...so tak nak bagi resepi ni hilang apa kata saya kongsikan ngan korang...jom kita main masak-masak...hiiii


ROTI LAPIS DAGING

Bahan

3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) gune cheese mozarella
Sedikit margerin untuk melenser

Cara

  • Blend bawang + bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang + kentang + garam
  • Satukan Susu + telor+secubit garam
  • Pukul susu + telor + garam hingga sebati
  • Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  • Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  • lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  • Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  • Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  • Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
  • Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  • Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos 

SELAMAT MENCUBA